Friday, April 11, 2008

Masa mula mula nak pasang streamyx di rumah, banyak kerisauan yang berlegar di kepala. Komputer dengan sambungan internet ni perlu sangat ke? Selamat ke? Apa yang akan di lihat anak anak dan keluarga nanti.. dan bermacam macam lagi. Perkara yang paling membimbangkan ialah unsur yang tidak sihat yang datang secara pop-up ke dalam paparan tanpa diundang. Asyik dengan risau maka banyak kali pula menunda pemasangan internet di rumah. Bila masa anak anak ada homework yang memerlukan pencarian melalui internet barulah tahu... terpaksa pasang juga. Sementara proses, terpaksa pula membenarkan mereka ke internet cafe untuk siapkan homework yang beberapa mukasurat sahaja. Ini bagi saya lebih banyak risiko dan kesan buruknya. Sebab, yang pergi ke sana ada banyak ragam dan tujuannya. Apa yang mereka layari akan terlihat juga oleh yang lalu lalang di situ. Yang baik tidak perlu dirisaukan, tapi jika sebaliknya... kita kesal tak sudah.
Kerisauan memang baik, tapi jika berpanjangan memang mengundang penyakit. Bagi mengelak kerisauan tentang keselamatan menggunakan internet ni caranya hanya dengan menambah pengetahuan tentang cara mengelak dari terakses website yang tak sepatutnya. Ada perisian yang boleh menapis laman-laman web yang tidak wajar atau berunsur lucah. Kita boleh dapatkan perisian yang boleh di download dari internet secara percuma. Sewajarnya di download sebaik saja sambungan internet berfungsi. Perisian yang saya gunakan sekarang ialah K9 web protection. Boleh menghalang kategori yang kita inginkan dengan buat pilihan dalam setting. Boleh juga set masa agar komputer ditutup di masa masa tertentu.. contohnya tengah tengah malam. bagaimanapun ia tak sesuai untuk remaja yang pandai menukar setting masa komputer menjadikan fungsi ini boleh dilanggar. Pun begitu untuk anak yang lebih muda ia masih ok untuk menghalang mereka dari menggunakan komputer pada waktu tertentu , contohnya masa untuk belajar. Mungkin perisian ini tak sesuai bagi sesetengah orang, masih ada yang lain, seperti nanny, Xfilter yang berbayar dan lain-lain. ( mungkin pembaca ada cadangan yang lebih baik.. share it!) Saya yakin masih ramai yang di luar sana tidak tahu hal ini. Bagi mereka yang dah expert hal hal ini wajar berkongsi ilmu.

4 comments:

Ibu WA Alim said...

Tak ada mood nak komen skrg, byk kesedihan kebelakangan ni, tambah lg anak saudara saya Mardhiah12 masuk ward hari ni slps beberapa hari sakit/kesakitan akibat anaemia/rheumatism.

Ibu WA Alim said...

ehm..dah pandai dah axcess/manage comments.

Ibu WA Alim said...

Y ni bodo la bab2 comp ni, pandai tulis/publish/komen blog je. Masih blur lagi pasal block yg tu. Mcm mana nak upgrade ye? Lagi pulak comp kat rumah ni anak2 yg punye, dia org la yg controll sepenuhnya, kita pandang je..

ummuhani said...

kalau nak K9 tu download aje dr K9 web protection. pilih home edition. Free je.Dia akan minta email kita.kita akan diberi link utk download melalui email. klik je kat situ. Dah download boleh la buat setting yang kita mahu...apa yg nak diblok.