Saturday, April 26, 2008

Setelah banyak kali kumpul dan buang sahaja barang-barang yang boleh di recycle, hari ni kami jual di pusat pengumpulan bahan kitar semula. Harganya ok juga dibandingkan dengan harga pengumpul yang datang dengan lori dari rumah ke rumah. Harga kotak/kertas 26 sen sekilo, tin minuman 80 sen, besi rm 1.30 dan plastik 90 sen sekilo. Jumlah yang kami dapat RM25. Ok juga! boleh isi petrol. Sebelum ini aku memang asingkan barang barang ni tapi tetap membuangnya di tong sampah besar. Semenjak melihat seorang budak perempuan mencari bahan buangan dari tong sampah di stesen petronas beberapa bulan yang lalu, aku buang bahan yang boleh di kitar semula di tepi tong sahaja. Kasihan tengok budak tu.. sebelah tangan makan lollipop, sebelah lagi mencari cari dalam tong sampah..Aku rasa budak tu balik dari mengaji, singgah di situ bersama adik beradik dan ibunya untuk mencari bahan terbuang di situ. Sedih juga kalau anak-anakku kena berusaha begitu. Namun tak ada apa yang nak dimalukan kerana mereka yang melakukan kerja seperti itu sebenarnya membantu menghindar sebahagian dari pencemaran alam sekitar.

11 comments:

Ibu WA Alim said...

Assalamualaikum,
Y pun selalu asingkan bhn2 yg blh dikitar semula dlm beg plastik berasingan apb dibuang ke dlm tong sampah. Mmg sayang kat brg2 tu, hrp ada org manfaatkan/kitar semula, sbb ingat zmn kita dulu2 yg susah sgt. Brg2 yg org skrg buang senang2/sewenang2 tu, zmn dulu amat bermakna.. Alangkah mewahnya zmn skrg, dan alangkah melaratnya zmn dulu..anak2 zmn skrg tak pernah menyedarinya..menghargainya?
p/s: Lps ni susah sikit nak singgah, krn comp ni anak nak bawak balik campus, yg kat rumah dlm proses upgrade..

ummuhani said...

kA pun macam tu juga. Kadang2 macam tak nak buang. Apa yang boleh digunakan guna dulu utk isi ape ape.. kalau ada yang baru baru buang. Kadang2 kena realistik juga. Simpan kalau perlu shj. Kalau berlebihan tentu pening kepala kita nanti.
KA setuju generasi sekarang mmg mewah..dan selalu kena diingatkan ttg bahan buangan yg kalau tak dibuang secara betul akan teruk akibatnya. kalau tak diasingkan siap siap mungkin tak terkutip utk recycle, kadang2 ada yg berfikiran kenapa nak susah susah sedangkan orang lain yg dapat duit.. Kita yakin usaha kita tu walaupun nampak lekeh tentu ada pahalanya di sisi Allah.

Ibu WA Alim said...

Comp Y siap update ptg Ahad baru ni, tp masih bengong2..asyik papar page can't display je..lps tu bila dak berjln rumah org tu susah nak balik rumah sendiri pulak..blog la!
Yg lekeh2 tulah kita punya kan..?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ummuhani said...

Y mungkin nak kena mintak komputer baru nih!

ummuhani said...

to MazM,saya dah publish tanpa mengedit, tak perasan adanya email add..so terpaksa delete..utk privacy MazM. Tempat pengumpulan di Bukit Palong, Lukut. No tel. 0126203231 , 0126443231. Jauh ke dekat dari tempat MazM?

Ibu WA Alim said...

Comp dah ok balik nih, dr hjg minggu lps, tp tak dan sgt nak jenguk2, bebudak sdg bercuti tak lekang drp comp, suami pun bercuti minggu lps, so hari ni pagi2 la kena ambil peluang masa budak2 bercuti masih lagi tidur..lama juga KA tak update blog..? Lbh krg Y je..

Ibu WA Alim said...

KA, Mei dah berlalu tanpa sebarang post..ni June dah tgh2 ni..apo cerito..?

ummuhani said...

terkejut dah lama tak login kat sini. dulu KA dpt email kalau ada komen..pas tu dah buat setting lain.. tak masuk kat email. kalau tak balik rumah sendiri tak tau pulak ada org ketuk pintu..he..he..Sebenarnya sekarang tak tau nak cerita apa la. bak Haziyah kata "sembelit idea" ingat lagi tak? Kot nak kena makan jus pegaga..

Ibu WA Alim said...

Kalau tak minum jus pegaga, KA kena makan ulam pegagalah..ataupun gingko biloba..
Tadi Y pergi pemeriksaan kesihatan percuma d HUKM under Malaysian COHORT, depa tgh buat penyelidikan/kumpul data dr participants spt Y, jenuh jugala m'jwb soalan2 kajiselidik, terutama bila menyentuh ttg gaya hidup, tp t'paksalah sbb dah sign persetujuan m'beri k/sama..

Ibu WA Alim said...

Ramadhan mubarrak KA..moga Ramadhan kali ini lbh baik dr yg lalu..