Tuesday, March 25, 2008

Lepas hantar Moda hari tu aku singgah di gerai dekat pantai untuk beli aiskrim. Masa tu ada seorang pelancong asing, tak tahulah warga mana.. Dia nak tukar syiling untuk buat call. Oleh kerana gerai ni berdekatan dengan telefon awam, memang selalulah orang minta tukar wang syiling. Berat nya lah orang tu nak bagi..sebab lambat je dia kira satu satu sepuluh sen dan dua puluh sen tu.. tak bagi serba salah juga agaknya. Aku senyum saja. Aku pandang mak budak tu, katanya susah kalau tak ada syiling sebab kalau mereka hendak tukar dengan pemilik gerai di sekitar kena rebet. Kalau tukar RM1 dapat 90 sen saja. Mereka menjual wang juga. Kalau nak tukar note yang besar macam itu juga ceritanya..Itulah perkara yang tak pernah aku tahu. Mungkin aku boleh buat bisnes tukar syiling dan wang kertas. Halal ke?
Ahad lalu aku ke sekolah tadika. Anakku yang berumur 6 tahun terpilih untuk bermain bola jaring. Percaya tak? Ini latihan untuk pertandingan bulan Jun nanti. Program tahunan. Mereka akan bertanding dengan tadika daerah lain negeri ini. Tahun lepas si abang masuk pertandingan bola sepak, pasukannya dapat tempat ke4 dalam pertandingan antara daerah. Kecik kecik pun buat pertandingan. Mula mula aku rasa buat apalah susah-susah buat program begini. Tapi nyata banyak kebaikan juga. Ini kerana mereka bukan sahaja bermain, tetapi mereka juga bercampur dengan murid dari tadika lain di daerah yang sama. Harapan pengelola, murid dari tadika ini akan lebih kehadapan apabila memasuki alam persekolahan nanti. Lebih berani dan mungkin akan jadi orang yang memimpin.

Tuesday, March 18, 2008

Berikutan hal burger dan hotdog hari tu baru aku teringat untuk cerita tentang beberapa restoran sekitar pekan ni. Ada 2 restoran yang kerap aku lalui, mempamerkan iklan pada papan tanda restoran mereka. "halal Muslim seafood". Banyak cantik! Dah la iklan tu diletak bersama iklan carlsberg. Yang pelik tu ramai pulak orang Melayu yang makan kat situ. Mungkin mata mereka kabur..sebab makan malam la kan. Tengok makcik yang bertudung dan pakcik yg bersongkok tu rasanya datang dari tempat lain. Anak bawak mak ayah dia makan di restoran sekali sekala.. Aku pernah sebut kepada DL hal ini. Katanya dia pernah bertanya kpd seorang kenalan yang agak rapat dan jawapan yang dia dapat ialah "benda tu je yang haram", (maksudnya arak). Kenalan kami tu dah lama tak kelihatan parking keretanya dekat restoran tu. Memang dia tak minum tu. Hanya singgah makan. Mungkin segan dgn soalan DL kenapa dia suka makan minum di situ.

Monday, March 17, 2008

Masih teringat peristiwa hari Sabtu. Hati memang tak seronok. Apalah yang ditelan anak anak kita semasa di sekolah. Kalau pengusaha tu amanah ok lah. Kalau ada sikap yang kurang perihatin semoga cepat dihidu.
Selama tinggal dekat kawasan peranginan ni tak lah selalu membeli makanan di gerai gerai yang banyak di tepi pantai ni. Tapi pelancong tempatan memang ramai yang berkunjung saban minggu. Mereka memang beli makanan dari gerai gerai terutama yang tidak berkeluarga.Mereka mungkin tiada kebimbangan seperti ibubapa, tentang kebersihan atau keracunan makanan. Sedih jika mereka terkena.. kerana menilai dari pandangan mata sahaja.

Saturday, March 15, 2008

Sudah lama tidak menjengok blog ni lantaran cuti sekolah... kerana hanya satu komputer yg berfungsi dan penggunanya pula bertambah. Masa cuti terpaksa juga bebaskan budak2 bermain game komputer kegemaran mereka.

Hari ini aku ke pasar membeli keperluan dapur. Kemudian singgah di kedai runcit berhampiran. Ketika di kaunter aku nampak seorang wanita .Aku kira berumur 40an, sedang membeli keperluan untuk menjual burger dan hotdog. Harganya murah dibandingkan dgn jenama yang aku selalu guna. Hampir separuh harga. Aku pun bertanya kepada tauke kedai. "Betul kah harga tu?" " Betul la. Ini jimat sikit" kata tauke tu. Agaknya memahami maksud pertanyaanku, wanita tadi pula menyampuk. "Aku tak kisah tanda halal..janji untung". Tersentak jantungku mendengar ucapan itu. Mula berfikir fikir.. selama aku relaks relaks di tepi pantai ni ada juga makan burger. Seingat aku kertas pembalut tu guna jenama yang aku percaya. Ternyata ianya boleh dibeli di mana -mana. Pembalut tidak menunjukkan isi sebenar..pelaris dan mengaburi mata pembeli. Walaupun hanya sekali pasti ada banyak kesan pada jiwa..Setelah membuat bayaran aku segera menaiki kereta. Terasa darah naik ke muka. Marah dan kesal berbaur. Inilah sikap orang kita mengkhianati agama demi keuntungan sendiri. Keuntungan yang pasti bukan kekal lama.