Tuesday, March 25, 2008

Lepas hantar Moda hari tu aku singgah di gerai dekat pantai untuk beli aiskrim. Masa tu ada seorang pelancong asing, tak tahulah warga mana.. Dia nak tukar syiling untuk buat call. Oleh kerana gerai ni berdekatan dengan telefon awam, memang selalulah orang minta tukar wang syiling. Berat nya lah orang tu nak bagi..sebab lambat je dia kira satu satu sepuluh sen dan dua puluh sen tu.. tak bagi serba salah juga agaknya. Aku senyum saja. Aku pandang mak budak tu, katanya susah kalau tak ada syiling sebab kalau mereka hendak tukar dengan pemilik gerai di sekitar kena rebet. Kalau tukar RM1 dapat 90 sen saja. Mereka menjual wang juga. Kalau nak tukar note yang besar macam itu juga ceritanya..Itulah perkara yang tak pernah aku tahu. Mungkin aku boleh buat bisnes tukar syiling dan wang kertas. Halal ke?

1 comment:

Ibu WA Alim said...

Penggerai2 tu menukar duit pecah sesama sendiri pun kena rebet juga ke? Tak tau halal ke tidak. Mula2 rasa mcm ok je kalau KA nak buat bisness ni, tp bila KA tanya halal ke tak tu, rasa mcm tak blh la pulak.