Thursday, February 28, 2008

Semalam, kerana nak cepat aku terlupa bagi duit belanja untuk Im. Masa sampai depan sekolah , lampu trafik untuk melintas bertukar hijau..terus aje dia melintas bersama beberapa orang murid lain. Aku terus balik. Ketika mengemas aku ternampak dompet merah Im.. barulah aku perasan yg aku belum bg Im duit sekolah. Pukul 10.05 pg aku terus ke kantin sekolah. Aku cari Im.. eh.. tengah makan mi.
Aku hampiri meja dan memegang bahu Im dari belakang." Pakai duit sape beli mi ?"soal ku. "Duit Azrin." jawab Im. Aku terus beri wang 50 sen untuk ganti duit Azrin yang duduk bersebelahan. "Bagi balik duit dia." kataku. Im menurut saja. Hmm.. mudahnye budak budak ni fikir ku. Tak rasa kedekut langsung. Kalau ada duit baki sedikit akan diberikan kepada kawan yang memerlukan. Hati si kecil memang ikhlas. Aku harap sifat yang baik tu akan terus berkekalan sehingga dewasa. Terima kasih, Azrin.

Thursday, February 14, 2008

silap arah

Pagi ini seperti biasa aku menghantar Im ke sekolah. Setelah membantunya melintas jalan di hadapan sekolah aku terus menghidupkan enjin kereta. Tiba tiba ada seorang lelaki menghampiri kereta ku sambil mengangkat tangan. Oh.. rupanya dia hendak bertanya. Dia menunjukkan sekeping kertas yg beralamat Pusat Sumber Negeri. Aku tak berapa ingat lokasi nya tapi aku yakin pernah melintasi kawasan tersebut. Dengan selamba aku jawab ..jalan terus, selepas simpang kedua masuk kiri. Lelaki itu mengucapkan terima kasih dan pergi.

Aku pun terus memandu utk pulang ke rumah. Dalam kepala ku berfikir fikir.. betul ke petunjuk aku tadi. Aku pun pusing balik dan masuk ke lorong yg aku maksudkan. Alamak! Bukan sini la.. Aku teruskan ke lorong satu lagi yang jauh nya tiga ratus meter dari situ. Di sini! Sori lah.. bisik hati ku. Tak le jauh sangat dari lokasi aku tunjukkan.. lagi pun kat sini lengang aje. Tak sibuk dan tak akan sesat macam KL.

Saturday, February 9, 2008

baru bermula

Dua bulan lalu aku sekeluarga membeli belah di Jaya Jusco. Tujuan sebenar ialah menyediakan peralatan sekolah untuk anak anak. siap beli uniform sekolah kami singgah di MPH untuk beli buku latihan dan bacaan untuk anak ku yang nak masuk darjah satu. Harapanku Im boleh membaca dengan lancar sebelum sekolah bermula. Aku biarkan saja Im dan kakaknya memilih sendiri buku yang diingininya, sementara aku mencari bahan yg menarik utk ku baca.

Dari buku novel dan majalah yg ku lihat tiada yang menarik perhatian. Hari tu aku lebih tertarik dgn buku buku berkenaan internet.. jadi memilih buku yg menerangkan cara cara membuat blog..Dalam hati berkata kata.. bila la aku nak buat blog ni.. ah tak kisah lah. kalau aku tak cuba , anak anak ku mungkin boleh mencuba. Yang penting mesti ada panduan untuk bermula.

Hari ini aku tiba tiba saja termasuk kesini mendaftar dan memulakan blog ini. Ku harap inilah permulaan menajamkan minda yang dah lama tak diperah ideanya..