Saturday, April 26, 2008

Setelah banyak kali kumpul dan buang sahaja barang-barang yang boleh di recycle, hari ni kami jual di pusat pengumpulan bahan kitar semula. Harganya ok juga dibandingkan dengan harga pengumpul yang datang dengan lori dari rumah ke rumah. Harga kotak/kertas 26 sen sekilo, tin minuman 80 sen, besi rm 1.30 dan plastik 90 sen sekilo. Jumlah yang kami dapat RM25. Ok juga! boleh isi petrol. Sebelum ini aku memang asingkan barang barang ni tapi tetap membuangnya di tong sampah besar. Semenjak melihat seorang budak perempuan mencari bahan buangan dari tong sampah di stesen petronas beberapa bulan yang lalu, aku buang bahan yang boleh di kitar semula di tepi tong sahaja. Kasihan tengok budak tu.. sebelah tangan makan lollipop, sebelah lagi mencari cari dalam tong sampah..Aku rasa budak tu balik dari mengaji, singgah di situ bersama adik beradik dan ibunya untuk mencari bahan terbuang di situ. Sedih juga kalau anak-anakku kena berusaha begitu. Namun tak ada apa yang nak dimalukan kerana mereka yang melakukan kerja seperti itu sebenarnya membantu menghindar sebahagian dari pencemaran alam sekitar.

Friday, April 11, 2008

Masa mula mula nak pasang streamyx di rumah, banyak kerisauan yang berlegar di kepala. Komputer dengan sambungan internet ni perlu sangat ke? Selamat ke? Apa yang akan di lihat anak anak dan keluarga nanti.. dan bermacam macam lagi. Perkara yang paling membimbangkan ialah unsur yang tidak sihat yang datang secara pop-up ke dalam paparan tanpa diundang. Asyik dengan risau maka banyak kali pula menunda pemasangan internet di rumah. Bila masa anak anak ada homework yang memerlukan pencarian melalui internet barulah tahu... terpaksa pasang juga. Sementara proses, terpaksa pula membenarkan mereka ke internet cafe untuk siapkan homework yang beberapa mukasurat sahaja. Ini bagi saya lebih banyak risiko dan kesan buruknya. Sebab, yang pergi ke sana ada banyak ragam dan tujuannya. Apa yang mereka layari akan terlihat juga oleh yang lalu lalang di situ. Yang baik tidak perlu dirisaukan, tapi jika sebaliknya... kita kesal tak sudah.
Kerisauan memang baik, tapi jika berpanjangan memang mengundang penyakit. Bagi mengelak kerisauan tentang keselamatan menggunakan internet ni caranya hanya dengan menambah pengetahuan tentang cara mengelak dari terakses website yang tak sepatutnya. Ada perisian yang boleh menapis laman-laman web yang tidak wajar atau berunsur lucah. Kita boleh dapatkan perisian yang boleh di download dari internet secara percuma. Sewajarnya di download sebaik saja sambungan internet berfungsi. Perisian yang saya gunakan sekarang ialah K9 web protection. Boleh menghalang kategori yang kita inginkan dengan buat pilihan dalam setting. Boleh juga set masa agar komputer ditutup di masa masa tertentu.. contohnya tengah tengah malam. bagaimanapun ia tak sesuai untuk remaja yang pandai menukar setting masa komputer menjadikan fungsi ini boleh dilanggar. Pun begitu untuk anak yang lebih muda ia masih ok untuk menghalang mereka dari menggunakan komputer pada waktu tertentu , contohnya masa untuk belajar. Mungkin perisian ini tak sesuai bagi sesetengah orang, masih ada yang lain, seperti nanny, Xfilter yang berbayar dan lain-lain. ( mungkin pembaca ada cadangan yang lebih baik.. share it!) Saya yakin masih ramai yang di luar sana tidak tahu hal ini. Bagi mereka yang dah expert hal hal ini wajar berkongsi ilmu.