Semalam, kerana nak cepat aku terlupa bagi duit belanja untuk Im. Masa sampai depan sekolah , lampu trafik untuk melintas bertukar hijau..terus aje dia melintas bersama beberapa orang murid lain. Aku terus balik. Ketika mengemas aku ternampak dompet merah Im.. barulah aku perasan yg aku belum bg Im duit sekolah. Pukul 10.05 pg aku terus ke kantin sekolah. Aku cari Im.. eh.. tengah makan mi.
Aku hampiri meja dan memegang bahu Im dari belakang." Pakai duit sape beli mi ?"soal ku. "Duit Azrin." jawab Im. Aku terus beri wang 50 sen untuk ganti duit Azrin yang duduk bersebelahan. "Bagi balik duit dia." kataku. Im menurut saja. Hmm.. mudahnye budak budak ni fikir ku. Tak rasa kedekut langsung. Kalau ada duit baki sedikit akan diberikan kepada kawan yang memerlukan. Hati si kecil memang ikhlas. Aku harap sifat yang baik tu akan terus berkekalan sehingga dewasa. Terima kasih, Azrin.
6 comments:
ups.. rasanya setting masa tu tak ikut masa Malaysia..ini dah 10.15 9/3/08..
Tak moderate2 jugak lg ke coments kat post atas tuh..?
Wah..dah ada slideshow ye? Slideshow yg KA pilih tu yg Y berkenan jugak..tp pilih yg Y guna skrg sbb rasanya lbh sesuai dgn tajuk dan template blog Y. Perasan tak comment untuk post atas tu tak dimoderate? Ke sengaja?
tak perasan kenapa yang lain ok je
hello!
tumpang sekaki
Sapa pulak tu KA?
Post a Comment