Saturday, March 15, 2008

Sudah lama tidak menjengok blog ni lantaran cuti sekolah... kerana hanya satu komputer yg berfungsi dan penggunanya pula bertambah. Masa cuti terpaksa juga bebaskan budak2 bermain game komputer kegemaran mereka.

Hari ini aku ke pasar membeli keperluan dapur. Kemudian singgah di kedai runcit berhampiran. Ketika di kaunter aku nampak seorang wanita .Aku kira berumur 40an, sedang membeli keperluan untuk menjual burger dan hotdog. Harganya murah dibandingkan dgn jenama yang aku selalu guna. Hampir separuh harga. Aku pun bertanya kepada tauke kedai. "Betul kah harga tu?" " Betul la. Ini jimat sikit" kata tauke tu. Agaknya memahami maksud pertanyaanku, wanita tadi pula menyampuk. "Aku tak kisah tanda halal..janji untung". Tersentak jantungku mendengar ucapan itu. Mula berfikir fikir.. selama aku relaks relaks di tepi pantai ni ada juga makan burger. Seingat aku kertas pembalut tu guna jenama yang aku percaya. Ternyata ianya boleh dibeli di mana -mana. Pembalut tidak menunjukkan isi sebenar..pelaris dan mengaburi mata pembeli. Walaupun hanya sekali pasti ada banyak kesan pada jiwa..Setelah membuat bayaran aku segera menaiki kereta. Terasa darah naik ke muka. Marah dan kesal berbaur. Inilah sikap orang kita mengkhianati agama demi keuntungan sendiri. Keuntungan yang pasti bukan kekal lama.

2 comments:

Ibu WA Alim said...

Pembalut Ramli Burger tu blh beli kat mana2 je ke? Kenapa dia buat mcm tu? Septtnya dia jual/beri pembalut sekali dgn pembelian daging burger kan? Susah hatila mcm ni, kat sekolah anak makan burger, pembalut tu pembalut Ramli. Ni nak kena gesa Ramli jgn jual pembalut sng2, dia jd syubahat jugak kan? Tak check lg ke comment moderation utk post bwh?

ummuhani said...

boleh beli gitu je.. sedih betul. itu yang fikir kat skola tu mcm mana..oh anak anakku..